Search Nornilia's Blog

Sesi Persekolahan 2011

Sekolah dah pon dibuka 2 hari. Tahun ni aku dapat 3 kelas Matematik darjah 6, 3 kelas sivik, 1 Pendidikan Seni.

Tugas2 lain :
1. Guru Kelas (thn 6) -
2. Setiausaha Peperiksaan
3. Guru disiplin thn 6 Perempuan (sgt kelakar tugas ini. Sbb aku memang tak pnah keje dlm bab2 disiplin ni)
4. Ketua pasukan sekolah bola jaring (agak kelakar jugak)

Itu yang besar2 je. Yang lain2 ada gak. Main nye atas la. Aku jadi gak guru penasihat PPI, DOktor Muda . (Semua orang terlibat ngn aktiviti koku ni)


Dan tahun ni aku rase sangat bertanggungjawab ngan anak2 muridku di darjah 6. last year pegang 1 kelas je. pastu thn ni geng2 baru yang ajar matematik djh 6. Harap2 tak delah orang memandang "semacam" kat kiterang. kalau bole kami pon tak nak ajo banyak2 kelas yr 6. Tapi dah dipertanggungjawabkan. Kami akan cube buat yang terbaik. Dan aku pegang 2 kelas elit di sekolah ni. Tanggungjawab aku lebih berat untuk pastikan mereka dapat A.

2 hari dah stay kat sekolah. masuk kul 7 balik kul 3. Kalau balik awal sgt nanti orang ingat cikgu ni tak de keje. keje separuh hari dah balik. Sangat tak best dengar ayat2 tu. Kalau dengki ngan cikgu, apalagi buatlah permohonan nak jadi cikgu.

Sape kita...apa keje kita...jangan nak pertikai orang ok
0 Responses