Search Nornilia's Blog

Positif

Hari ni dan esok aku masih dapat MC. Rabu aku akan start sekolah balik. Insyaallah.

Pagi2 lagi aku dah kuar . Sebabnye aku kna buat2 kuar gi sekolah. Kalau tak bujang aku mesti tak nak pegi sekolah. Dah kuar tu aku gi klinik sekali. Doktor pesan suh buat check up tekanan darah kat Klinik Seri Kembangan. Tapi aku tak bersedia lagi nak menghadapi orang2 kat sana. Dahlah jalan nak ke sana sesak giler. Orang ramai plak.

Tak pelah aku wat keputusan memandai. Aku pegi check kat private. Aku mintak buat kad antenatal sekali. So..setiap kali aku wat check up ade rekod. Cume sekali pegi aku kna RM25.


Alhamdulillah ubat tu ok. Pagi tadi tekanan darah 110/70. Urin protein 1+. Bile aku tgk aku positif proggress baru rase lega dan semangat. Next aku nak pegi Rabu ni.

Sebenaye aku ade mesin blood pressure. Tapi macam tak yakin je ngan mesin tu. Petang ni nak gi balik farmasi tu n mintak ajar cara yang betul.

Aku berdoa agar diberi kesihatan untuk menghadapi segalanya. Aku doa jugak agar suami ku dan Hadif turut diberikan kesihatan oleh -Nya. Husband aku cakap Hadif sedih biler dengar lagu 1 Malaysia kat TV mase tu aku kat wad. Abah dia tanya..kenape Hadif nangis??

"Ibu tak de...Ahmad Hadif nak nyanyi ngan sape?"

Sebab bler lagu tu je..aku mesti ikut dia nyanyi. Dan kerana Hadif la aku kna kuatkan smangat. Sebab aku tak nak lagi tinggalkan dia kat umah ngan abah je.I

"Ibu sayang Abah..ibu sayang Ahmad Hadif"
0 Responses