Search Nornilia's Blog

Aduhai Ayahanda ku

Dah 3 minggu aku balik dari kampung. Dan setiap minggu ada berita pasal bapakku.

Kan mase bulan 10 aritu dia sakit. Alhamdulillah skang da ok.

Minggu pertama lepas balik...kakak aku msg...dahi bapak luka kna zink karat kat umah. Garaj kat umah tu memang uzur +agak rendah. Mase tgh bersih2 kan dah terantuk kat zink. Kna ambik injection anti tetanus. Takut kancing gigi.

Minggu lepas dapat lagi msg dr kakak ku kat kampung. Tangan bapak melecur kena mercun sbb halau monyet. Tapak tangan agak besar melecurnye. Campur lebam2 itam kat jari2 nye..Kesiann betul bapak.. Buat dressing 2 kali rasenye.

Dan malam ni anak sedare aku yang kat kampung post kat groups family aku ...bapak aku kena belah kakinye sebab tiba2 bengkak. Biler belah penuh nanah. Nak menyedapkan ati makcik2 n pakcik2 nye keadaan terkawal. Nasibla ade jugak orang kat umah. Bole anta klinik biler emergency. Doktor cakap gout. Tapi dia tak sakit pon. Mase kena mercun aritu pon dia cakap tak sakit.

Kalau nak ikutkan macam nak balik kampung je menjenguk. Tapi minggu ni nak balik melaka pulak. Aku doa semoga cepat sembuh dan jauhkan dari musibah. Insyaallah minggu2 lepas ni bole balik sana
0 Responses