Search Nornilia's Blog

Permulaan Tanggungjawab

Sekolah ada seminggu lagi cuti. Tapi minggu depan cikgu2 dah mula mesyuarat, kemas kelas apa yang patut. Kelmarin, pegi sekolah sebab ada hal. Terserempak dengan salah seorang PK di sekolah. Huhuhuh...kalau benar benda ini terjadik, aku terasa betapa besarnya tanggungjawab yang akan ku pikul tahun hadapan.

Pada aku yang baru belajar ini (mengajar kelas peperiksaan) ..lebih daripada 2 kelas ..huh...beratnya. Berat apanyer..berat takut tak mampu nak mengekalkan prestasi seperti tahun2 sebelum ini. Dan aku merayu agar dikurangkan kelas. Tak pelah campur kelas dengan tahun lain pon tak pe. Aku jadik takut sebab sifu2 aku yang lain dah mengajar tahun lain.

Kalau memang itu suratan, aku jadikan ia sebagai cabaran untuk diri sendiri. Harapan aku, agar aku diberikan kesihatan agar dapat memegang tanggungjawab ini. Bukan mengeluh, tapi kepercayaan yang orang berikan, perlu dilakukan sebaiknya. Dan doa aku di kala aku keresahan apabila melihat prestasi anak2 muridku..


" Ya Allah, berikanlah kemudahan kepada anak2 muridku untuk menerima ilmu pengetahuan, berjaya di dunia dan di akhirat, dan berikanlah kemudahan kepada ku untuk menyampaikan ilmu pengetahuan"

Hanya Allah yang tahu betapa susahnya hati seorang cikgu apabila anak muridnya tidak mahu berubah. Akhirnya, Allah telah memakbulkan doa ku selama ini dengan keputusan yang mereka perolehi.

Tahun hadapan, aku perlu mengatur strategi dari awal. Kerana kebanyakan dari murid2 tahun 6 tahun hadapan, aku dah kenal mereka sejak djh 4 lagik. Dah tau mane rajin, mane baik, maner auta lebey.

Salah satu matlamat aku ialah..90% buat pembetulan yang aku suruh buat.Untuk aku masalah yang paling besar ialah tak buat pembetulan. Bile pentadbir semak buku..pembetulan la masalahnya.

Kawan2 n sape2 yang bace entri ni, doakan aku dapat melaksanakan yang terbaik, diberi kesihatan dari Allah. sesi yang lepas, Alhamdulillah aku diberikan kesenangan oleh Allah. MC cume 2 hari. CRK 2 hari. Mungkin sebab aku sekarang takut dengan doktor maka aku kuatkan semangat agar aku tak payah MC.
0 Responses