Search Nornilia's Blog

Menu Minggu Ini

Hari Isnin pagi yang lepas, aku pegi pasar borong. Dah lama jugak aku x menjejakkan kaki ke sana. Sebelum husband gi ofis, pagi2 aku kuar gi pasar dulu. Kalau tak, susah nak bawak Hadif. Kalau bwk Hadif aku akan ke Jusco jer.Leceh basah2 ni bawak dia. Bising kotorlah, basahla. Selalu kalau weekend dia dok dlm keta ngan abah dia jer.

Minggu ni aku berusaha untuk masak sendiri. Dah tak de kemana. Bolelah start membeli barang2 basah.

ISNIN
Aku n husband pose. Menu hari ini ialah mihun goreng utk sahur cum breakfast Hadif. Untuk berbuka aku masak laksa Kelantan. Sbb pagi pegi pasar, jadi laksa kelantan ade lah. Kalau pegi ptg mesti dah abis. Laksa Kelantan senang je buatnya. Ni serba sikit bahan yang aku gunakan.

Bawang merah (tak de bwg merah pon, guna bwg besar)
Bawang putih
Halia
(semua kisar halus)
Lada hitam
Santan
Ikan - rebus-kuarkan isi- blend
Asam keping

campurkan semua bahan. masak atas api. kacau supaya santan x pecah. DAH
Jangan lupa wat sambal belacan.

Rencah2 = tauge, kacang pjg potong kecik2, daun kesum, bunga kantan, timun

Kalau mee laksa kelantan tak de, aritu aku wat laksam. yang gulun2 tu..guna tepung beras. lengser atas tutup periuk, kukus. sekejap je masak. pastu gulung n potong. best jugak. sbb sumer kita buat sendiri. tak de bahan pengawet ke hape.

SELASA
Sarapan mee cintan goreng ala2 mcm mee kolok Sarawak gitu)
masak asam pedas ikan susu, goreng ikan (sbb husband tak mkn sgt ikan2 masak ni, mkn kuah je) jadik..aku goreng le ikan
Sayur sup carrot (konon ni lauk Hadif, tapi Hadif pon makan aku punye asam pedas)
Lunch n dinner lauk yang sama yer :)

RABU
Sarapan nasi goreng
masak ikan merah goreng, kailan ikan masin, sayur sup bebola , ulam peria katak
Aku makan ok jer..tapi pastu aku mcm pening..dan petang tu trkeluar balik..huhuuhu..
x tau la...sbb aku makan ikan masin ke hape. Alhamdullillah esoknye OK

KHAMIS
Arini puasa 10 MUharam. Sahur burger.
Arini masak nasi goreng utk Hadif.
Petang masak bubur je. Konon2 bubur asyura. Tapi tak cukup ramuan. Sekali pagi ni aku bukak2 kotak simpanan barang rupenye ade lagi kacang tanah kat umah. Aper pun bubur aku dah langsai. Sebelum tido husband aku makan lagi. Tinggal pagi ni sikit. Aku makan. Dah Hadif bising knp abiskan bubur. Sbb.nye semalam dia tido dr ptg...kiterang dah makan abis2..hihii

Semalam bubur aku masak macam ni je
Bwang besar, bawang putih, halia = hiris pastu tumis
Udang kering + blend n tumis
Santan sikit
pastu masukkan kan nasi yang tgh masak tu. Kalau masak kat rice cooker lambat sgt nak tumis.
Pastu letak la daging yang direbus. daging ni pon balance mase korban kat surau. Abis dah.
Ingat nak letak daun seleri. lobak tapi lupa. Jadi makan je la.

Semalam nak bagi rase2 pedas aku wat sambal ape ntah.
Kentang digoreng, tumis bawang besar mayang, bwh putih, lada.
buh kicap...sedap!!
Agaknya jadi sedap sikit sbb aku buh santan balance aku masak laksa aritu.

JUMAAT
Sarapan tadik wat makaroni goreng. Nak bakar malas pulak.Lagipon sikit je masak.
Lunch n dinner = tak masak sbb arini husband tak balik mase lunch.
aku makan je lah makanan yang ade ni.
DInner= makan luar la

Kirenye minggu ni belanja makan 4 hari setengah aku dlm RM50. Kalau makan kat luar...RM50 dlm 2 hari je.Itu kalau lunch n dinner makan luar. Huhuhuh..Tak sanggup nak kire berapa jumlah makan selama seminggu.
0 Responses