Search Nornilia's Blog

Masak Apa Minggu Ni?

Isnin

Puasa jadik masak best skit iaitu nasi ayam bersama ayam kampung goreng berempah. Ayam kampung beli di pasar borong. Mungkin ayam tu ayam kampung tapi dibela, jadi rebus sekejap je dah empuk. Untuk goreng berempah, aku letak segala bahan dan rempah yang ada kat dapur. serdak2 nye lagi sedap.



Selasa

Masak ape yer? Ooo... sarapan masak mihun goreng. Bekalkan husband sekali. Sbb hari ni nak gi banyak tempat uruskan ape yang patut, so aku tak masak lunch. Petang goreng ikan bawal dengan kangkung goreng je.



Rabu

Masak lebihan ikan susu hari tu. Asam pedas lagi. Sepotong untuk husband aku goreng. Disebabkan ikan susu ni ada lelemak kat ujjung nye, bler digoreng meletup-meletup. Petang aku makan lauk yang sama cuma tambah ikan goreng je. 1st time aku masukkan kacang bendi dalam asam pedas. Selama ni pon memang tak penah masak bendi. Ntah kenapa skang aku dah belajar makan bendi.


Khamis

Ingat nak puasa tapi macam perut tak sedap. Cancel. Pagi masak nasi goreng. Husband tak makan sebab pagi ni nak amik darah kat ofis. So, bawakkan je. Aku macam malas nak masak lunch sebab nak kuar beli barang dapur. Rase boring asyik makan nasi je. Petang masak mihun hailam. Best jugak. Dah lama tak masak. Last masak mase kawan datang umah waktu raya haritu.

Jumaat

Sarapan mihun hailam semalam. Tambah kuah dan rencah. Pastu aku try buat "potato wedges". Tengok resipi kat internet senang je rupenye. Cume aku punye salut agak keras mesti trlebih tepung beras. Tgahri husband tak balik. So tak payah masak. Dan malam ni as usual...makan kedai..hihhihihh

Minggu ni berjaya masak 4 hari tanpa perlu makan di kedai. Next week dah gi sekolah.

0 Responses