Search Nornilia's Blog

Kuching Pasu Sarawak

Pagi Ahad lepas breakfast pusing2 bandaraya Kuching. Pegi pasar Satok. Beli ikan terubok masin. Aku pon tak makan sangat ikan2 masin ni.. Tapi untuk ole2 beli. Mahal jugak. Yang dijual 4 sepuluh hengget kecik jer. Cam tak best nak bagi orang. Aku pon beli yang sekor RM 8, beli 2 ekor RM10, n 2 ekor RM 15. Tu atas permintaan orang tu nak yg kering. Tapi tak sure tu betul yang kering ke tak. Aku beli kat gerai UITM. Ingatkan student UITM. Rupenye baca kat blog orang UITM "Usahawan ikan terubok masin" ...hihihih

Plan nak tambah lagi satu tikar Sarawak yang agak kecil. Pegi la Pasar Batu 7. Aku dah jumpe pasarnye. Tapi tak nampak pon Kedai yang jual tikar..satu kedai pon tak jumpe.

Balik ke Batu 4. Kat sini banyak kilang n kedai pasu. Tengok2 la. Aku sebenarnye bukan minat sangat bab2 pasu ni. Tapi oleh kerana dah sampai, belilah jugak. Aku beli pasu yang boleh dijadikan lampu. Nak letak tepi TV kat umah. beli satu lg pasu agak kecik. Tu pon sekadar nak masuk dlm almari hiasan kat umah. Kali ni orang kedai poskan. Duit je bayo!

Tengahari tu berbelah bagi nak pegi ke tak Kampung Budaya. Sebabnye dah lewat. Akhirnya tak pegi pon. Jalan nak carik Laksa Tnot. Guna GPS. Tapi tak jumpe.Huhuhu.

Balik kat area waterfront apsal kedai sume nak tutup. Baru kul 1 lebey. Rupenye Kuching blackout. Lepas amik gambar kt Kucing, gi makan semula kat Moly's Place. Kali ni aku order mee jawa . Husband order nasi ayam penyet. Makan2 sampai dekat kul 4.

Pusing kat Main Bazaar lagi sekali. Jalan sampai ke India Street. Tak beli ape pon. aku cume beli Ts hirt untuk kami ber 3. Badan dah berpeluh amat.

Kawan tel. Ajak makan malam. So..dah nak magrib kami pon balik hotel.

Lepas Isyak kuar gi satu kedai makan ayam penyet kat Satok. Sedap! Rasenye Raja Ayam Penyet kot.

Balik hotel, kemas2 ape yang patut. Sebab esok dah nak balik.
0 Responses