Search Nornilia's Blog

Kuching Lagi

Balik dari Serikin, singgah di Kampung Duyuh. Banyak jual sayur. Aku singgah beli air, beras padi huma. Sajer nak merase.

Nampak signboard Gua Angin. Nak pegi tak?? Aku teringat mak aku..pegi tempat2 gitu tengahri buta tak baik.So..tak jadi singgah.


Singgah Tasik Biru. Ingat tasik tu jauh ke dalam. Rupenye terletak di Pekan Bau. Dekat PKG Bau. Tasiknye besar la jugak. Tasik tu bekas lombong mas. tak boleh rase2 air nye. kandungan arsenik sangat tinggi. tengok je boleh

Pastu tu singgah ke Pusat orang utan kat Semenggoh. Tak berapa jauh dari simpang Bau - Kuching. Mase tu kul 3..feeding time. Ramai la yang singgah. Tgk dorang bg makan orang utan.Aku nampak ade 5 ekor je. Katanya ade 10.

Kat sini tak bole bising. Nanti orang utan marah.

Balik kiterang terus ke Kampung Boyan. Dah lapa sangat. Naik sampan.Huhuhu..gayat beb! Kalau tak balance terus senget. Ngeri tul. Hadif tak kisah. Aku yang takut.

Makan kat foodcourt kat situ. Pak LAh Boyan. Tapi aku rase mee koloknyer sedap lagik kat Moly's Place. Pas makan, carik kek lapis. Husband suh beli Kek Lapis Mira. Dia bace komen kat internet kata keknye sedap. Ok la...

Pegi gak kat Kek Lapis Dayang Salhah. Tapi makan sepotong dpt yang tak best, terus bla. Beli 6 kat Mira n 3 kat Kek Lapis Afifi. Tak kisah la tak glamer yang penting sedap. Kek Lapis Mira ni basah . maybe tak setahan kek lapis dayang salhah yang agak kering tu.

Sampai balik hotel da nak magrib. Penat betul .

Malamnye pegi ke Satok. Hajat di hati nak carik terubok .Tapi dah tutup. Menurut kata peniaga kat situ, esok yang banyak. Sebelom tu makan kat Benteng Satok.Mee Kolok goreng lagi. Tapi still tak bley lawan Moly's Place lagik.

Jalan2 kat pasar malam sampai dkt kul 11. Carik keychain n tshirt untuk anak2 sedare husband. Kali ni aku tak beli t shirt ..keychain Sarawak aku belik.

Sampai hotel sangatla letih. Esok nyer nak ke mane??? tunggu..next entri
0 Responses