Search Nornilia's Blog

Desa Water Park

Hari Sabtu yang lepas aku pergi la mandi-manda di Desa Water Park. Bayaran tak semahal Sunway Lagoon. Tapi sudah pasti Sunway lagi best dan lagi besar. Oleh kerana bajet kecik je ..maka kami memilih Desa Water Park. Kawasan agak besar. Banyak jugak benda2 menarik.


Tapi aku memang tak tertarik nak naik benda yang pusing2 tu...kalau orang nak bg duit suruh aku naik pun, aku tak nak. Tak suka. Sampai sana dah pukul 11 lebih. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM20 dan kanak-kanak RM14. Jadi kos hari itu ialah RM54.



Tengoklah gambar kat atas, berapa ramainya umat manusia hari tu. Yang beratur ramai-ramai tu sebab nak naik benda yang pusing2 tinggi tu la. Hish! Gayat aku. Sehari sekali je bukak untuk naik. dalam mase 15 minit je dia bukak untuk beratur. Lepas abis 15 minit dah tak boleh beratur.





Cume tenung baik2 gambar atas ni. Sape yang ramai???? Huhuhuh...mase aku sampai dah nampak ade dekat 10 buah bas parking kat luar. Masuk2 nampak family day dr Al RAjhi Bank. Tak pelah. Sekali masuk ke dalam lagi..mak aiiiii............rombongan dari mana ni....

Hari tu Desa Water Park dikuasai oleh mereka. Aku jadik pening dan tension tengok dorang berlari-lari nak main. contoh nak main gelongsor, dari dalam air nak ke atas..berlari-lari.Aku rase dorang ni dari rumah kebajikan. Yelah, agaknya tak penah dapat peluang macam ni.




Aku suka berdiri kat bawah cendawan ni..rase macam dok dalam Jakuzi tau. Pastu pusing keliling guna pelampung. Macam menyusuri sungai la. Tapi sungguh tak menenangkan. Asyik kena langgar ngan orang je. Tak best!! Tak boleh nak feel2..huhhuhu

Mase nak tukar baju satu hal. Punyerlah ramai. Kebetulan mase aku masuk nak tukar baju group2 tu pon nak tukar baju. Satu lagi penyeksaaan!

Rase macam tak puas sbb fikiran tak tenang. Mase gi Sunway taklah crowded sangat. Lain kali nak pegi tempat lain pulak.
0 Responses