Search Nornilia's Blog

Cuti di Kuching 1

Alhamdulillah Jumaat lepas sampai la aku ke Kuching. Dah berapa lame aku rancang nak ke sana. Dulu mase mule2 kawin husband aku dpt lucky draw dan kiterang pilih untuk ke Kuching. Tapi ntah mcm mane tarikh tak sesuai..pinda tarikh. Sampai lepas tu burn je gitu.

Kali ni jadi akhirnya. Guna ape?? Air asia la.."now everyone can fly" memang sesuai sangat la untuk aku yang jakun nak terbang ni. Ini ialah kali pertama aku naik kapal terbang .Dalam usia 30 tahun baru la merasa. Walaupun guna duit laki aku.

Dulu mane ade mak bapak bawak anak2 jalan2...duit pon yang ade hanya untuk makan..sekolah. Tapi akhirnya, aku boleh gunakan duit sendiri untuk pergi bercuti. Mase aku tak kawin lagi, tak pnah ade istilah bercuti. Sekarang je Alhamdulillah ade rezeki.

Panjang plak mukadimah. Aku sampai Kuching pukul 1:30 tengahari. Aku dah carik kereta sewa di internet sebelom ke sini. Sewa untuk Kancil ialah RM70 sehari.Aku rase itu sangat berbaloi.
Kalau sesape nak book , bole la gi website ni.

Sampai di airport , kereta dah ade. Terus check in di hotel. Kami menginap di Harbour View Hotel. Kedudukan hotel ni sangat strategik.Dekat sangat ngan Waterfront dan Main Bazzar (untuk beli souvenir).

Lepas Check in pegi makan kat Moly's Place belakang hotel jer. Mase surfing tentang Kuching aku de jumpe nama kedai ni. Makanan pon best2. Wat kali pertama kiterang pilih laksa sarawak n mee kolok.

Petang tu jenjalan kat Main Bazaar. Tapi jalan n cuci mata je. Survey harga. Sebab esoknye (Sabtu) nak gi Serikin. Konon nak compare rege. Malam tu dinner kat satu kedai dekat hotel. Tapi aku punyer tekak kembang je nak makan. Tapi kedai tu dapat anugerah premis terbersih. Ntah sbb tgk orangnye kot.

Malam tu ujan sebenanyer. Dari petang ujan. Malam tu tido awal sbb nak bgn awal.Lagipon Suboh di Sarawak kul 5:10 pagi da masuk. 6:30 dah syuruk
2 Responses
  1. salam...akak bercuti gi Kuching ni bila kak? nak tnya akak, amacam sdap x laksa swak??


  2. nornilia Says:

    wslm. pegi ujung bln 11 thn lps. erm sedap laksa ti. walaupun bau2 mcm jamu :)