Search Nornilia's Blog

Cerita-cerita Baru

Minggu ni aku dah start ke sekolah. Dipenuhi dgn mesyuarat, taklimat, persiapan persekolahan thn hadapan etc2. Dah lama tak pegi keje, malam jer terasa sangat penat.

Biler dah 1 bulan lebey bercuti, macam2 cerita la biler jumpe balik. Ada yang pindah rumah, yang mengandung dulu perut kecik skang dah besa..yang tak mengandung skang dah mengandung. Aku je still the same. Tak berubah.

Biler aku dengar berita2 ni...rase gembira bagi pihak mereka. Tapi sebenanya dalam hati Allah je yang tahu. Sampaikan ade yang sembunyik2 tak nak aku tau. Kesian kan aku. Biler tgk kawan baik mengandung, best nye. Masing2 dari 1 nak jadi 2. Selama ni pon aku boleh menyembunyikan perasaan. Tapi biler syaitan membisik-bisikkan , membuat aku tidak bersyukur. Jadi , caranya aku akan memenuhkan masa ku dgn aktiviti2 sekolah, menyerahkan diri ku dgn tugasan2..yang membuatkan aku lupa dgn perkara2 yang mengganggu fikiran.

Untuk sedapkan hati, ni tak bukak sekolah lagi, kalau dah start kelas, aku lupa dah. Dan aku akan cuba buat yang terbaik demi tugasku.

Ya Allah...ampunkanlah aku..kerana selalu tidak bersyukur dengan nikmatku. kau rahmatilah aku dengan penyakit dan dugaan yang aku tanggung ini.
0 Responses