Search Nornilia's Blog

Cerita-cerita Baru

Minggu ni aku dah start ke sekolah. Dipenuhi dgn mesyuarat, taklimat, persiapan persekolahan thn hadapan etc2. Dah lama tak pegi keje, malam jer terasa sangat penat.

Biler dah 1 bulan lebey bercuti, macam2 cerita la biler jumpe balik. Ada yang pindah rumah, yang mengandung dulu perut kecik skang dah besa..yang tak mengandung skang dah mengandung. Aku je still the same. Tak berubah.

Biler aku dengar berita2 ni...rase gembira bagi pihak mereka. Tapi sebenanya dalam hati Allah je yang tahu. Sampaikan ade yang sembunyik2 tak nak aku tau. Kesian kan aku. Biler tgk kawan baik mengandung, best nye. Masing2 dari 1 nak jadi 2. Selama ni pon aku boleh menyembunyikan perasaan. Tapi biler syaitan membisik-bisikkan , membuat aku tidak bersyukur. Jadi , caranya aku akan memenuhkan masa ku dgn aktiviti2 sekolah, menyerahkan diri ku dgn tugasan2..yang membuatkan aku lupa dgn perkara2 yang mengganggu fikiran.

Untuk sedapkan hati, ni tak bukak sekolah lagi, kalau dah start kelas, aku lupa dah. Dan aku akan cuba buat yang terbaik demi tugasku.

Ya Allah...ampunkanlah aku..kerana selalu tidak bersyukur dengan nikmatku. kau rahmatilah aku dengan penyakit dan dugaan yang aku tanggung ini.

Masak Apa Minggu Ni?

Isnin

Puasa jadik masak best skit iaitu nasi ayam bersama ayam kampung goreng berempah. Ayam kampung beli di pasar borong. Mungkin ayam tu ayam kampung tapi dibela, jadi rebus sekejap je dah empuk. Untuk goreng berempah, aku letak segala bahan dan rempah yang ada kat dapur. serdak2 nye lagi sedap.



Selasa

Masak ape yer? Ooo... sarapan masak mihun goreng. Bekalkan husband sekali. Sbb hari ni nak gi banyak tempat uruskan ape yang patut, so aku tak masak lunch. Petang goreng ikan bawal dengan kangkung goreng je.



Rabu

Masak lebihan ikan susu hari tu. Asam pedas lagi. Sepotong untuk husband aku goreng. Disebabkan ikan susu ni ada lelemak kat ujjung nye, bler digoreng meletup-meletup. Petang aku makan lauk yang sama cuma tambah ikan goreng je. 1st time aku masukkan kacang bendi dalam asam pedas. Selama ni pon memang tak penah masak bendi. Ntah kenapa skang aku dah belajar makan bendi.


Khamis

Ingat nak puasa tapi macam perut tak sedap. Cancel. Pagi masak nasi goreng. Husband tak makan sebab pagi ni nak amik darah kat ofis. So, bawakkan je. Aku macam malas nak masak lunch sebab nak kuar beli barang dapur. Rase boring asyik makan nasi je. Petang masak mihun hailam. Best jugak. Dah lama tak masak. Last masak mase kawan datang umah waktu raya haritu.

Jumaat

Sarapan mihun hailam semalam. Tambah kuah dan rencah. Pastu aku try buat "potato wedges". Tengok resipi kat internet senang je rupenye. Cume aku punye salut agak keras mesti trlebih tepung beras. Tgahri husband tak balik. So tak payah masak. Dan malam ni as usual...makan kedai..hihhihihh

Minggu ni berjaya masak 4 hari tanpa perlu makan di kedai. Next week dah gi sekolah.

Permulaan Tanggungjawab

Sekolah ada seminggu lagi cuti. Tapi minggu depan cikgu2 dah mula mesyuarat, kemas kelas apa yang patut. Kelmarin, pegi sekolah sebab ada hal. Terserempak dengan salah seorang PK di sekolah. Huhuhuh...kalau benar benda ini terjadik, aku terasa betapa besarnya tanggungjawab yang akan ku pikul tahun hadapan.

Pada aku yang baru belajar ini (mengajar kelas peperiksaan) ..lebih daripada 2 kelas ..huh...beratnya. Berat apanyer..berat takut tak mampu nak mengekalkan prestasi seperti tahun2 sebelum ini. Dan aku merayu agar dikurangkan kelas. Tak pelah campur kelas dengan tahun lain pon tak pe. Aku jadik takut sebab sifu2 aku yang lain dah mengajar tahun lain.

Kalau memang itu suratan, aku jadikan ia sebagai cabaran untuk diri sendiri. Harapan aku, agar aku diberikan kesihatan agar dapat memegang tanggungjawab ini. Bukan mengeluh, tapi kepercayaan yang orang berikan, perlu dilakukan sebaiknya. Dan doa aku di kala aku keresahan apabila melihat prestasi anak2 muridku..


" Ya Allah, berikanlah kemudahan kepada anak2 muridku untuk menerima ilmu pengetahuan, berjaya di dunia dan di akhirat, dan berikanlah kemudahan kepada ku untuk menyampaikan ilmu pengetahuan"

Hanya Allah yang tahu betapa susahnya hati seorang cikgu apabila anak muridnya tidak mahu berubah. Akhirnya, Allah telah memakbulkan doa ku selama ini dengan keputusan yang mereka perolehi.

Tahun hadapan, aku perlu mengatur strategi dari awal. Kerana kebanyakan dari murid2 tahun 6 tahun hadapan, aku dah kenal mereka sejak djh 4 lagik. Dah tau mane rajin, mane baik, maner auta lebey.

Salah satu matlamat aku ialah..90% buat pembetulan yang aku suruh buat.Untuk aku masalah yang paling besar ialah tak buat pembetulan. Bile pentadbir semak buku..pembetulan la masalahnya.

Kawan2 n sape2 yang bace entri ni, doakan aku dapat melaksanakan yang terbaik, diberi kesihatan dari Allah. sesi yang lepas, Alhamdulillah aku diberikan kesenangan oleh Allah. MC cume 2 hari. CRK 2 hari. Mungkin sebab aku sekarang takut dengan doktor maka aku kuatkan semangat agar aku tak payah MC.

Desa Water Park

Hari Sabtu yang lepas aku pergi la mandi-manda di Desa Water Park. Bayaran tak semahal Sunway Lagoon. Tapi sudah pasti Sunway lagi best dan lagi besar. Oleh kerana bajet kecik je ..maka kami memilih Desa Water Park. Kawasan agak besar. Banyak jugak benda2 menarik.


Tapi aku memang tak tertarik nak naik benda yang pusing2 tu...kalau orang nak bg duit suruh aku naik pun, aku tak nak. Tak suka. Sampai sana dah pukul 11 lebih. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM20 dan kanak-kanak RM14. Jadi kos hari itu ialah RM54.



Tengoklah gambar kat atas, berapa ramainya umat manusia hari tu. Yang beratur ramai-ramai tu sebab nak naik benda yang pusing2 tinggi tu la. Hish! Gayat aku. Sehari sekali je bukak untuk naik. dalam mase 15 minit je dia bukak untuk beratur. Lepas abis 15 minit dah tak boleh beratur.





Cume tenung baik2 gambar atas ni. Sape yang ramai???? Huhuhuh...mase aku sampai dah nampak ade dekat 10 buah bas parking kat luar. Masuk2 nampak family day dr Al RAjhi Bank. Tak pelah. Sekali masuk ke dalam lagi..mak aiiiii............rombongan dari mana ni....

Hari tu Desa Water Park dikuasai oleh mereka. Aku jadik pening dan tension tengok dorang berlari-lari nak main. contoh nak main gelongsor, dari dalam air nak ke atas..berlari-lari.Aku rase dorang ni dari rumah kebajikan. Yelah, agaknya tak penah dapat peluang macam ni.




Aku suka berdiri kat bawah cendawan ni..rase macam dok dalam Jakuzi tau. Pastu pusing keliling guna pelampung. Macam menyusuri sungai la. Tapi sungguh tak menenangkan. Asyik kena langgar ngan orang je. Tak best!! Tak boleh nak feel2..huhhuhu

Mase nak tukar baju satu hal. Punyerlah ramai. Kebetulan mase aku masuk nak tukar baju group2 tu pon nak tukar baju. Satu lagi penyeksaaan!

Rase macam tak puas sbb fikiran tak tenang. Mase gi Sunway taklah crowded sangat. Lain kali nak pegi tempat lain pulak.

Makaroni Cheese Bakar



Tajuk Makaroni??? Tapi apsal kuar gambo atas ni.? Saje je tepek...dah lama cuti kan..rindu gak kat bebudak ni. Bukannye ape...risau dorang ni ingat ke tak ape yang aku ajor setahun ni..thn dpn budak2 ni nak UPSR .



Ni gambo mase jamuan kelas. Maincourse ialah nasi ayam AYAMAS. Cikgu Ailin dengan berbesar hati masak benda2 ni. Nak ikutkan dorang bayo RM7 je untuk nasi. Memang x de balance. Antara menu yang aku masak ialah Makaroni Bakar Cheese. Huh!!! Memang sodap. Tapi tak baik untuk kesihatan makan selalu2.
Bulan pose aritu masak 2 kali. Bagi kat abang aku. Kakak aku ckp sume suker. Pastu mase raya bawak gi umah abang aku kat PD. Last sekali buat masa jamuan kelas. Ape taknya, letak cheese, Mozarella. Mesti la jadik sedap.
Resipi Makaroni bakar
Bawang besar potong dadu
Bawang putih potong dadu
daging cincang
capsicum
Serbuk kari (jgn banyak sgt..sikit je..byk2 jd x sedap)
Lada putih
telur (kalau 3/4 peket makaroni guna 4 biji)
susu segar/ susu cair
tepung gandum dlm 2 sudu
Keju
Mozareella
Rebus makaroni sampai lembut.
Tumis bawang2 sume. Masukkan serbuk kari. Masukkan daging cincang. Masak. bley letak sos tomato...sos cili
Masukkan makaroni dan capsicum. Kalau awal2 masukkan capsicum nanti wane tak cantik
Dalam satu bekas masukkan telur...tepung..susu...lada putih...kacau
Masukkan makaroni dlm bekas yg dah disapu skit mentega
Masukkan separuh makaroni. Lapiskan ngn keju
Masukkan lg makaroni.
Letakkan cheese n mozarella. Aku letak keju slice + aritu terbeli keju parmesan. Letaklah jugak.
Tuang susu + telur td
Bakar dlm 1/2 jam suhu 180'c
Sedap untuk dimakan. Kat internet banyak resipi. aku gabung2 kan. bg rase sedap. Pada aku la.

Menu Minggu Ini

Hari Isnin pagi yang lepas, aku pegi pasar borong. Dah lama jugak aku x menjejakkan kaki ke sana. Sebelum husband gi ofis, pagi2 aku kuar gi pasar dulu. Kalau tak, susah nak bawak Hadif. Kalau bwk Hadif aku akan ke Jusco jer.Leceh basah2 ni bawak dia. Bising kotorlah, basahla. Selalu kalau weekend dia dok dlm keta ngan abah dia jer.

Minggu ni aku berusaha untuk masak sendiri. Dah tak de kemana. Bolelah start membeli barang2 basah.

ISNIN
Aku n husband pose. Menu hari ini ialah mihun goreng utk sahur cum breakfast Hadif. Untuk berbuka aku masak laksa Kelantan. Sbb pagi pegi pasar, jadi laksa kelantan ade lah. Kalau pegi ptg mesti dah abis. Laksa Kelantan senang je buatnya. Ni serba sikit bahan yang aku gunakan.

Bawang merah (tak de bwg merah pon, guna bwg besar)
Bawang putih
Halia
(semua kisar halus)
Lada hitam
Santan
Ikan - rebus-kuarkan isi- blend
Asam keping

campurkan semua bahan. masak atas api. kacau supaya santan x pecah. DAH
Jangan lupa wat sambal belacan.

Rencah2 = tauge, kacang pjg potong kecik2, daun kesum, bunga kantan, timun

Kalau mee laksa kelantan tak de, aritu aku wat laksam. yang gulun2 tu..guna tepung beras. lengser atas tutup periuk, kukus. sekejap je masak. pastu gulung n potong. best jugak. sbb sumer kita buat sendiri. tak de bahan pengawet ke hape.

SELASA
Sarapan mee cintan goreng ala2 mcm mee kolok Sarawak gitu)
masak asam pedas ikan susu, goreng ikan (sbb husband tak mkn sgt ikan2 masak ni, mkn kuah je) jadik..aku goreng le ikan
Sayur sup carrot (konon ni lauk Hadif, tapi Hadif pon makan aku punye asam pedas)
Lunch n dinner lauk yang sama yer :)

RABU
Sarapan nasi goreng
masak ikan merah goreng, kailan ikan masin, sayur sup bebola , ulam peria katak
Aku makan ok jer..tapi pastu aku mcm pening..dan petang tu trkeluar balik..huhuuhu..
x tau la...sbb aku makan ikan masin ke hape. Alhamdullillah esoknye OK

KHAMIS
Arini puasa 10 MUharam. Sahur burger.
Arini masak nasi goreng utk Hadif.
Petang masak bubur je. Konon2 bubur asyura. Tapi tak cukup ramuan. Sekali pagi ni aku bukak2 kotak simpanan barang rupenye ade lagi kacang tanah kat umah. Aper pun bubur aku dah langsai. Sebelum tido husband aku makan lagi. Tinggal pagi ni sikit. Aku makan. Dah Hadif bising knp abiskan bubur. Sbb.nye semalam dia tido dr ptg...kiterang dah makan abis2..hihii

Semalam bubur aku masak macam ni je
Bwang besar, bawang putih, halia = hiris pastu tumis
Udang kering + blend n tumis
Santan sikit
pastu masukkan kan nasi yang tgh masak tu. Kalau masak kat rice cooker lambat sgt nak tumis.
Pastu letak la daging yang direbus. daging ni pon balance mase korban kat surau. Abis dah.
Ingat nak letak daun seleri. lobak tapi lupa. Jadi makan je la.

Semalam nak bagi rase2 pedas aku wat sambal ape ntah.
Kentang digoreng, tumis bawang besar mayang, bwh putih, lada.
buh kicap...sedap!!
Agaknya jadi sedap sikit sbb aku buh santan balance aku masak laksa aritu.

JUMAAT
Sarapan tadik wat makaroni goreng. Nak bakar malas pulak.Lagipon sikit je masak.
Lunch n dinner = tak masak sbb arini husband tak balik mase lunch.
aku makan je lah makanan yang ade ni.
DInner= makan luar la

Kirenye minggu ni belanja makan 4 hari setengah aku dlm RM50. Kalau makan kat luar...RM50 dlm 2 hari je.Itu kalau lunch n dinner makan luar. Huhuhuh..Tak sanggup nak kire berapa jumlah makan selama seminggu.

Bercuti di Kampung

Lastweek aku berada di kampung dengan Hadif. Ingatkan dok kampung bole relax2...huhuhu.Rupe2 nya jadual ku dipenuhi ngan planning n mencari barang2 untuk hari keluarga pada Krismas nanti.

Alhamdulillah ..setelah survey di buat..aku dapat menempah multipurpose bag pada harga RM9. Dan untuk anak2 sedare yang kecil aku orderkan bekas pensil. Bayaran untuk seorang ialah RM15. Hadiah untuk sukaneka pon dah siap dibungkus . Lega.

Cume keje tak settle ialah mengutip duit. Untuk malam BBQ kali ni sumbangan anak2 sedare. Yelah..nak tunggu anak2 sedare ni wat open table sorang2 untuk semua...baiklah share2 duit n sama2 makan malam BBQ tu nanti.Sekali sekala nak gak makcik pakcik nak rase duit depa plak. Aku rase tak salah dan berat sangat bendenya.

Aku tgh memikir ape aku nak bg mase fmly day nanti.


On d way balik ke sini, keta aku wat hal. Mula2 kat Parit Raja bateri kong. Sebenarnya bateri tu pon memang dah 3 thn.Memang dah patut tukar. Tqpi tunda2. Lepas tukar bateri, apek tu tambah air radiator plak. Nak dijadikan citer..tak tutup rapat. HUHUHU

Sampai Pagoh temperature naik abis..terus stop.kna tunggu sejuk enjin.Dkat sejam la aku dok kat tepi hiway. Dahle aritu aku pakai baju kurung. Cadangnya nak gi umah kawan kat Telok kemang sbb wat Kenduri. Dah kena jalan jauh carik tempat yang tak berpalang.

Biler dah ok skit...teruskan jalan sampai RNR Pagoh. berenti solat dan makan. Jalan semula. Laki aku gi bwk laju plak. Naik lagi temperature. Berenti tepi jalan kat Tangkak. Tunggu sejuk tambah air. Jalan lagi sampai Jasin. Huhuhu....jalan berenti ....jalan berenti. Sampai Tol Pedas kul 645 ptg dah. Aku masuk tol kul 1.

Biler dah petang ok skit. Lepas Pedas terus berenti kat Seremban. Solat. Akhirnya sampai umah kul 9 malam.Punyerla lama perjalanan.

Ni tak anta lagi keta. jalan dekat2 ok la.

Kuching Pasu Sarawak

Pagi Ahad lepas breakfast pusing2 bandaraya Kuching. Pegi pasar Satok. Beli ikan terubok masin. Aku pon tak makan sangat ikan2 masin ni.. Tapi untuk ole2 beli. Mahal jugak. Yang dijual 4 sepuluh hengget kecik jer. Cam tak best nak bagi orang. Aku pon beli yang sekor RM 8, beli 2 ekor RM10, n 2 ekor RM 15. Tu atas permintaan orang tu nak yg kering. Tapi tak sure tu betul yang kering ke tak. Aku beli kat gerai UITM. Ingatkan student UITM. Rupenye baca kat blog orang UITM "Usahawan ikan terubok masin" ...hihihih

Plan nak tambah lagi satu tikar Sarawak yang agak kecil. Pegi la Pasar Batu 7. Aku dah jumpe pasarnye. Tapi tak nampak pon Kedai yang jual tikar..satu kedai pon tak jumpe.

Balik ke Batu 4. Kat sini banyak kilang n kedai pasu. Tengok2 la. Aku sebenarnye bukan minat sangat bab2 pasu ni. Tapi oleh kerana dah sampai, belilah jugak. Aku beli pasu yang boleh dijadikan lampu. Nak letak tepi TV kat umah. beli satu lg pasu agak kecik. Tu pon sekadar nak masuk dlm almari hiasan kat umah. Kali ni orang kedai poskan. Duit je bayo!

Tengahari tu berbelah bagi nak pegi ke tak Kampung Budaya. Sebabnye dah lewat. Akhirnya tak pegi pon. Jalan nak carik Laksa Tnot. Guna GPS. Tapi tak jumpe.Huhuhu.

Balik kat area waterfront apsal kedai sume nak tutup. Baru kul 1 lebey. Rupenye Kuching blackout. Lepas amik gambar kt Kucing, gi makan semula kat Moly's Place. Kali ni aku order mee jawa . Husband order nasi ayam penyet. Makan2 sampai dekat kul 4.

Pusing kat Main Bazaar lagi sekali. Jalan sampai ke India Street. Tak beli ape pon. aku cume beli Ts hirt untuk kami ber 3. Badan dah berpeluh amat.

Kawan tel. Ajak makan malam. So..dah nak magrib kami pon balik hotel.

Lepas Isyak kuar gi satu kedai makan ayam penyet kat Satok. Sedap! Rasenye Raja Ayam Penyet kot.

Balik hotel, kemas2 ape yang patut. Sebab esok dah nak balik.

Kuching Lagi

Balik dari Serikin, singgah di Kampung Duyuh. Banyak jual sayur. Aku singgah beli air, beras padi huma. Sajer nak merase.

Nampak signboard Gua Angin. Nak pegi tak?? Aku teringat mak aku..pegi tempat2 gitu tengahri buta tak baik.So..tak jadi singgah.


Singgah Tasik Biru. Ingat tasik tu jauh ke dalam. Rupenye terletak di Pekan Bau. Dekat PKG Bau. Tasiknye besar la jugak. Tasik tu bekas lombong mas. tak boleh rase2 air nye. kandungan arsenik sangat tinggi. tengok je boleh

Pastu tu singgah ke Pusat orang utan kat Semenggoh. Tak berapa jauh dari simpang Bau - Kuching. Mase tu kul 3..feeding time. Ramai la yang singgah. Tgk dorang bg makan orang utan.Aku nampak ade 5 ekor je. Katanya ade 10.

Kat sini tak bole bising. Nanti orang utan marah.

Balik kiterang terus ke Kampung Boyan. Dah lapa sangat. Naik sampan.Huhuhu..gayat beb! Kalau tak balance terus senget. Ngeri tul. Hadif tak kisah. Aku yang takut.

Makan kat foodcourt kat situ. Pak LAh Boyan. Tapi aku rase mee koloknyer sedap lagik kat Moly's Place. Pas makan, carik kek lapis. Husband suh beli Kek Lapis Mira. Dia bace komen kat internet kata keknye sedap. Ok la...

Pegi gak kat Kek Lapis Dayang Salhah. Tapi makan sepotong dpt yang tak best, terus bla. Beli 6 kat Mira n 3 kat Kek Lapis Afifi. Tak kisah la tak glamer yang penting sedap. Kek Lapis Mira ni basah . maybe tak setahan kek lapis dayang salhah yang agak kering tu.

Sampai balik hotel da nak magrib. Penat betul .

Malamnye pegi ke Satok. Hajat di hati nak carik terubok .Tapi dah tutup. Menurut kata peniaga kat situ, esok yang banyak. Sebelom tu makan kat Benteng Satok.Mee Kolok goreng lagi. Tapi still tak bley lawan Moly's Place lagik.

Jalan2 kat pasar malam sampai dkt kul 11. Carik keychain n tshirt untuk anak2 sedare husband. Kali ni aku tak beli t shirt ..keychain Sarawak aku belik.

Sampai hotel sangatla letih. Esok nyer nak ke mane??? tunggu..next entri

Cuti di Kuching 2 - Serikin

Pagi2 lagi dah bersiap untuk breakfast. Kul 7:45 bertolak ke Serikin. Husband beli GPS purposely untuk jenjalan kat Kuching ni. Yang kelakarnye, kiterang ingat Serikin tu memang jauh giler. Jalan pon elok tk elok.

Malam tu husband cakap, betul ke kita nak gi Serikin esok? Kalau hire pemandu RM70. Aku cakap kita nekad je lah. Lagipun kawan yang orang Sarawak cakap jalan pon elok. Husband siap cakap ..sampai Serikin ni GPS tak le detect pasar tu. Kita kena drive jauh lagik. Tak pelah. ikut je keta banyak2 kat depan. Jalan pon tak bley laju.

Dah sampai kat Kampung Serikin jumpe Polis. Eh...apsal keta slow??? Da sampai ker? Rupe2 nye dah sampai Pasar Serikin. Dalam 1 jam suku sampai.

Sampai sana ..wah!!! Banyaknye gerai. Tapi sebenanye aku sedey sbb tak withdraw duit untuk tambahan. Huhuuhuh..Harapkan duit laki aku je. Cheh!!!! Dah tau nak masuk pedalaman, tak gi amik duit sape suruh. Biler dah terlepas Kuching tu..ingatkan nak singgah kat Pekan Bau. Tapi kiterang pon tak sedar dah lalu Pekan Bau.Takde signboard.

Aku beli ape?? beli kain batik, kain pelekat, telekung, frame, tikar..

Itupun seksa mengangkatnya. Laki aku nak angkat Hadif lagik.Kejap2 nak dokong. Cuaca pon agak panas. Tapi taklah berdebu sangat macam dlm blog2 yang aku bace. Maybe sebab Ujan kot . Baju sulam Bandung memang banyak giler. Harga murah. tapi tak beli pon.

Jalan2 sampai kul 1 kat situ. Yang bagusnye walaupun di pedalaman, tandas2 yang aku pegi taklah sebusuk tandas kat sini. Walaupun mereka dok jauh dr bandar tp kebersihan ok.Cume kadang2 aku terserempak la ngan anjing. Huhuhuh

Cuti di Kuching 1

Alhamdulillah Jumaat lepas sampai la aku ke Kuching. Dah berapa lame aku rancang nak ke sana. Dulu mase mule2 kawin husband aku dpt lucky draw dan kiterang pilih untuk ke Kuching. Tapi ntah mcm mane tarikh tak sesuai..pinda tarikh. Sampai lepas tu burn je gitu.

Kali ni jadi akhirnya. Guna ape?? Air asia la.."now everyone can fly" memang sesuai sangat la untuk aku yang jakun nak terbang ni. Ini ialah kali pertama aku naik kapal terbang .Dalam usia 30 tahun baru la merasa. Walaupun guna duit laki aku.

Dulu mane ade mak bapak bawak anak2 jalan2...duit pon yang ade hanya untuk makan..sekolah. Tapi akhirnya, aku boleh gunakan duit sendiri untuk pergi bercuti. Mase aku tak kawin lagi, tak pnah ade istilah bercuti. Sekarang je Alhamdulillah ade rezeki.

Panjang plak mukadimah. Aku sampai Kuching pukul 1:30 tengahari. Aku dah carik kereta sewa di internet sebelom ke sini. Sewa untuk Kancil ialah RM70 sehari.Aku rase itu sangat berbaloi.
Kalau sesape nak book , bole la gi website ni.

Sampai di airport , kereta dah ade. Terus check in di hotel. Kami menginap di Harbour View Hotel. Kedudukan hotel ni sangat strategik.Dekat sangat ngan Waterfront dan Main Bazzar (untuk beli souvenir).

Lepas Check in pegi makan kat Moly's Place belakang hotel jer. Mase surfing tentang Kuching aku de jumpe nama kedai ni. Makanan pon best2. Wat kali pertama kiterang pilih laksa sarawak n mee kolok.

Petang tu jenjalan kat Main Bazaar. Tapi jalan n cuci mata je. Survey harga. Sebab esoknye (Sabtu) nak gi Serikin. Konon nak compare rege. Malam tu dinner kat satu kedai dekat hotel. Tapi aku punyer tekak kembang je nak makan. Tapi kedai tu dapat anugerah premis terbersih. Ntah sbb tgk orangnye kot.

Malam tu ujan sebenanyer. Dari petang ujan. Malam tu tido awal sbb nak bgn awal.Lagipon Suboh di Sarawak kul 5:10 pagi da masuk. 6:30 dah syuruk