Search Nornilia's Blog

Aperlah Ada Padaku

Aperlah ada padaku
Tiada wang setinggi gunung
Tiada rumah bak mahligai
Tiada harta se gah menara
Tiada pangkat untuk didambakan
Bukan juga keturunan bangsawan

Hanya yang ada
Sekelumit hasil titik peluh

Tiada apa untuk dibanggakan
Hanya secebis kekuatan dan ketabahan
Untuk meneruskan hidup ini

Jika kita tidak mahu kecewa
Jangan kita meminta
Kerana jika kita meluahkannya
Pasti lebih kecewa jika tidak tercapai

Jika kita gembira
Berapa ramai yang datang menghulur tahniah
Namun..
Jika kita memerlukan
Berapa ramai yang sudi
Menghulurkan tangan untuk membantu

Tapi aku berdosa kepada Allah
Kenapalah aku tidak bersyukur
Nikmat dariNya

Ya Allah ampunilah dosaku
Hilangkan segala kegusaran di hati
0 Responses