Search Nornilia's Blog

Susah Senang Terima Kasih

Dari kecik mak pak kita ajar cakap timakasih...skang ni kalau ader anak pun kita mesti ajar anak untuk ucap tima kasih...tapi sedar tak kita kadang2 kita yang dewasa ni susah untuk berterima kasih????

Aku mengajar subjek BM ...dan ade diselitkan nilai2 murni...antaranya ialah berterima kasih....bile perlu brtima kasih??? jika kita mendapat pertolongan daripada orang lain...itu yang aku ajar pada murid2 aku...maksudnya ape sahaja bantuan orang sama ada kecil atau besar...kita mesti tima kasih...

Skang ni aku ajar Hadif ...bile dapat sesuatu cakap timakasih...ibu atau abah buatkan susu cakap tima kasih...ibu masakkan untuk makan cakap timakasih....cume kita sendiri yang kadang2 lupa..nak balik nursery cakap timakasih kat cikgu sbb jaga dia....

Bukan setakat orang bagi duit atau barang perlu say thank u....ape jua keadaan...orang datang ke majlis yang kita jemput pun ucap tima kasih...ini kerana tetamu yang hadir sama2 memeriahkan majlis kita....orang datang ke rumah kita...pun sama...

Semalam aku bg satu situasi kat anak2 murid aku...kalau awak balik sekolah tumpang keta ayah kawan...awak cakap tima kasih tak??????? ader yang cakap dan ader yang tak.....dan sebagai cikgu aku bg tau mereka....walaupun setiap hari awak naik keta dia....awak mesti ucapkan tima kasih kerana mereka sanggup membawa awak balik...ye...kadang2 kalau da menjadi rutin..kita lupe untuk berterima kasih....dan mungkin orang yang membawa kita tu ternanti-nanti bile orang ni nak cakap terima kasih

walaupun kita naik van atau bas yang berbayar...mesti cakap jugak....sbb kerana mereka kita sampai ke destinasi yang hendak dituju...aku harapkan anak2 murid aku mempraktikkan apa yang mereka belajar di sekolah..

Marilah kita yang sudah dewasa ini selalu2 memaniskan mulut untuk mengucapkan tima kasih apabila mendapat bantuan orang lain...walaupun kita seorang pendiam biarlah pendiam yang terhormat...jangan diam2 yang tidak berbudi bahasa....
0 Responses