Search Nornilia's Blog

Keperluan Vs Kehendak

Anda semua perasan tak skang ni kat tv3 ada satu iklan pasal kehendak atau keperluan ni...di bulan -bulan pose menjelang raya ni memang bagus kita "muhasabah" diri....especially untuk aku sendiri....

Makanan untuk berbuka puasa

Keperluan :
lepas berpuasa seharian kita berbuka untuk menghilangkan lapar dan dahaga
Satu jenis air dan 2 jenis lauk adalah keperluan untuk vitamin yang seimbang badan

Kehendak
Makanan 5 jenis dan air 5 jenis disebabkan cuaca panas (nak balas dendam la konon)
aku pnah buat dan akhirnya aku menyesal sbb batuk tak baik-baik.


Kuih raya

Keperluan
Untuk menyambut kehadiran tetamu

Kehendak
Pantang ada sampel kuih beli...sekali nak bayo mak aiiiiiiii...
Pastu nak jaga hati kawan...kna beli gak
Paling sedih kalau kuih yang dibeli x sedap pun


Baju raya

Keperluan
Sunnah untuk memakai pakaian baru bagi menyambut kemenangan umat Islam

Kehendak
10 Pasang baju...satu hari satu baju..macam la setiap hari nak pergi beraya

(huhu.......yang ini memang untuk aku....sbb tahun lepas aku x puas hati ngan baju-baju raya aku...so tahun ni aku pastikan aku puas hati ngan bilangan n rupe baju aku)


Telefon bimbit

Keperluan
Untuk mudah menghubungi orang lain

Kehendak
Setiap ada keluar model baru belik...takut kna "kata" dek kawan-kawan sebab telefon out of date....tak canggih...padahal bukan fully utilise pun segala function kat handpone tu...

Kalau tak pun..nanti member cakap...."eh, telefon awak sama la macam telefon anak akak"
(da dibandingkan dgn telefon anak dia kat form 1)


Kereta

Keperluan
Memudahkan kita bergerak
Tukar keta sbb keta asyik meragam je
Anak-anak da ramai tak muat naik keta kecik

Kehendak
Kita memang gile kereta...pantang ade model baru nak beli..macam beli jagung bakar kat pasar malam....
Kalau tak pun...asyik kena "bakar" je ngan member...."bile nak tukar keta baru?"
Bile borak2 ngan kawan tak best la..kita guna keta lama ...kawan da guna keta baru



Macam-macam kan kalau nak diikutkan mana satu keperluan mana satu kehendak....tapi entry ni tidaks sesuai untuk orang yang banyak duit dan tak tahu nak gunakan duit...bolelah belanja sakan
1 Response
  1. are_lynn Says:

    kesimpulannyer tgk poket sendiri da....