Search Nornilia's Blog

Loading...

Bersawang Sudah

Dah lebey 9 bulan blog ni terbiar sepi. last update mase aku mula pregnant. Dan sekarang aku da selamat melahirkan puteriku yang cumil.Malas la nak citer pengalaman aku sepanjang pregnant. Aku memang tak suka mengingat kisah bile mengandung. Sbb.... perjalanan selama 8 bulan lebey sangat memeritkan bagi aku.


Nur Inas Tihani berusia 49 hari . Lahir sebulan awal dari sepatutnya. Tak kisahlah yang penting Inas sekarang selamat dan sihat. Harapan aku agar dia menjadi anak yang solehah.

Nur..cahaya
Inas..kemesraan, kelembutan
Tihani..keberkatan


Kalau Hadif dah sedia aktif, biarlah Inas ni jadi lemah lembut plak.. Ahmad Hadif yang sentiasa ade idea dan tak tau dok diam. Dok diam kalau mengadap laptop main games.

Positif

Hari ni dan esok aku masih dapat MC. Rabu aku akan start sekolah balik. Insyaallah.

Pagi2 lagi aku dah kuar . Sebabnye aku kna buat2 kuar gi sekolah. Kalau tak bujang aku mesti tak nak pegi sekolah. Dah kuar tu aku gi klinik sekali. Doktor pesan suh buat check up tekanan darah kat Klinik Seri Kembangan. Tapi aku tak bersedia lagi nak menghadapi orang2 kat sana. Dahlah jalan nak ke sana sesak giler. Orang ramai plak.

Tak pelah aku wat keputusan memandai. Aku pegi check kat private. Aku mintak buat kad antenatal sekali. So..setiap kali aku wat check up ade rekod. Cume sekali pegi aku kna RM25.


Alhamdulillah ubat tu ok. Pagi tadi tekanan darah 110/70. Urin protein 1+. Bile aku tgk aku positif proggress baru rase lega dan semangat. Next aku nak pegi Rabu ni.

Sebenaye aku ade mesin blood pressure. Tapi macam tak yakin je ngan mesin tu. Petang ni nak gi balik farmasi tu n mintak ajar cara yang betul.

Aku berdoa agar diberi kesihatan untuk menghadapi segalanya. Aku doa jugak agar suami ku dan Hadif turut diberikan kesihatan oleh -Nya. Husband aku cakap Hadif sedih biler dengar lagu 1 Malaysia kat TV mase tu aku kat wad. Abah dia tanya..kenape Hadif nangis??

"Ibu tak de...Ahmad Hadif nak nyanyi ngan sape?"

Sebab bler lagu tu je..aku mesti ikut dia nyanyi. Dan kerana Hadif la aku kna kuatkan smangat. Sebab aku tak nak lagi tinggalkan dia kat umah ngan abah je.I

"Ibu sayang Abah..ibu sayang Ahmad Hadif"

Gembira +Sedih + Risau

Huhuh...malam tadi aku check in kat Hospital Serdang..bukan hotel tapi hospital. Sume orang terkejut biler tau aku masuk wad semalam. Apa sebab???

Sebab? Sebab yang paling aku takut dan kalau bole tak nak...iaitu mengandung...huhuhuh

Awal minggu ni aku wat test check..+ve..kalau orang lain mesti gembira..aku plak seram sejuk..aku cume bagi tau husband n sorang kawan. Dan aku pesan pada dia jgn bg tau sesape.

Walaupun baru 6 weeks..aku pegi la check kat klinik swasta. Nak tgk blood presssure aku skali. Huhuhu..Tinggi ok...dapat surat untuk ke Hospital Serdang.

Maka aku mnyerah diri semalam..setelah diyakinkan aku ditahan sebab nak stabilkan aku ngn ubt baru rase lega. Aku kan ade masalah urin protein.

Bileee dah mkn ubat...BP aku jadi normal la..pagi td last check 110/70...n protein dr 3+ jadi 2+..ALhamdulillah. Dan tak sangka aku bole balik arini.

Kawan2..plz doakan kesihatan aku ok..aku berdoa sangat agar urusan keje aku tak tergannggu...dan malam tadi pon aku asyik teringat si Hadif je...tak bole ingat dia...berjurai airmata.Kalau dulu aku nangis ingatkan abah dia..skang aku nangis ingatkan dia.

aku tak nak lagi jadi penghuni wad lagi.

Aduhai Ayahanda ku

Dah 3 minggu aku balik dari kampung. Dan setiap minggu ada berita pasal bapakku.

Kan mase bulan 10 aritu dia sakit. Alhamdulillah skang da ok.

Minggu pertama lepas balik...kakak aku msg...dahi bapak luka kna zink karat kat umah. Garaj kat umah tu memang uzur +agak rendah. Mase tgh bersih2 kan dah terantuk kat zink. Kna ambik injection anti tetanus. Takut kancing gigi.

Minggu lepas dapat lagi msg dr kakak ku kat kampung. Tangan bapak melecur kena mercun sbb halau monyet. Tapak tangan agak besar melecurnye. Campur lebam2 itam kat jari2 nye..Kesiann betul bapak.. Buat dressing 2 kali rasenye.

Dan malam ni anak sedare aku yang kat kampung post kat groups family aku ...bapak aku kena belah kakinye sebab tiba2 bengkak. Biler belah penuh nanah. Nak menyedapkan ati makcik2 n pakcik2 nye keadaan terkawal. Nasibla ade jugak orang kat umah. Bole anta klinik biler emergency. Doktor cakap gout. Tapi dia tak sakit pon. Mase kena mercun aritu pon dia cakap tak sakit.

Kalau nak ikutkan macam nak balik kampung je menjenguk. Tapi minggu ni nak balik melaka pulak. Aku doa semoga cepat sembuh dan jauhkan dari musibah. Insyaallah minggu2 lepas ni bole balik sana